Saturday, 20 October 2012

SURAT PANGGILAN LDP SCHOOL BASED PBS TINGKATAN 2 TAHUN 2013


http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTjpQ0QSaZxPdfXp_jJARg0hhpBEjlQkrOOPI-F6zh93ODhCW4d_g
                    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAYONG, 33040 KUALA KANGSAR,     
                    PERAK
                    TEL. SEK.: 05-7731121
                    NO. FAX. SEK.: 05-7731120

Kepada,
Ketua Panitia
Peserta Kursus mata pelajaran PBS tingkatan 2                                                   19 OKTOBER 2012

Peranan dan Tanggungjawab Peserta On-Site PPD/JPN

Semua guru mata pelajaran PBS Tingkatan 2 tahun 2013 yang menghadiri Kursus Penyebaran DSP PBS Tingkatan 2 di peringkat daerah Kuala Kangsar, hendaklah melaksanakan perkara berikut setelah kembali ke sekolah iaitu:

1.       Membuat persediaan diri dan bahan rujukan.
2.      Merancang, merangka kursus secara school based di sekolah.
3.      Memberi penerangan dan penjelasan awal kepada Pengetua/Pentadbir.
4.      Menjadi penceramah/fasilitator dalam kursus penyebaran secara school based.
5.      Memberi input yang BETUL dan TEPAT kepada peserta kursus school based.
6.      Memastikan kursus penyebaran school based dapat mencapai KPI yang ditetapkan.
7.      Memberikan penerangan dan input kepada pegawai pemantau dari KPM/JPN/PPD.
8.      Menyiapkan laporan setelah selesai kursus penyebaran secara school based.
9.      Membantu JPN/PPD dalam kursus penyebaran secara school based:
a)       Memaklumkan kepada PPD tentang jadual pelaksanaan kursus penyebaran secara school based.
b)      Memastikan peserta hadir dan menepati masa sepanjang berkursus.
c)      Membantu JPN dan PPD memastikan kehadiran peserta kursus.
d)      Menyediakan dokumentasi pelaksanaan kursus penyebaran secara school based.
10.  Kursus penyebaran secara school based hendaklah dilaksanakan sebelum cuti akhir tahun.  Apabila sesi persekolahan tahun 2013 bermula, semua guru mata pelajaran tingkatan 2 telah diberikan kursus penyebaran school based dan bersedia memulakan P&P dan melaksanakan PBS.

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment