Tuesday, 16 October 2012


KAEDAH PENGIRAAN HARI BERKURSUS YANG DIGUNAKAN UNTUK PEREKODAN DI DALAM KAD PELAPORAN LATIHAN KPM

 BIL
PROGRAM LATIHAN
JENIS AKTIVITI

1
Latihan
- Tempoh latihan selama 6 jam secara  
   bersemuka & berterusan dikira sebagai 1  
   hari berkursus.
- Minima 2 hari setahun.
- Tidak terhad. Kehadiran yang diambil kira
   hanya bagi kursus jangka pendek (kurang
   3 bulan)


- Kursus;
- Seminar;
- Konvensyen;
- Bengkel / Workshop;
- Forum;
- Simposium;
- Kolokium; dan
- Lawatan Rasmi / Korporat / Sambil Belajar; dan
- Klinik Kaunseling

2
Sesi
Pembelajaran
- 6 jam terkumpul = 1 hari berkursus.
- Maksima 5 hari (bersamaan 30 jam
   terkumpul) sahaja setahun.


- Sesi Pembelajaran PTK ;
- Sesi Pembelajaran di peringkat Jabatan,  
  Bahagian,Cawangan dan Seksyen;
- Sesi Perkongsian ilmu di peringkat Jabatan,
  Bahagian,Cawangan dan Seksyen;
- Program anjuran Bahagian Psikologi dan
  Kaunseling;
- Program ”Executive Talk” atau program serupa
  anjuran Kementerian/Jabatan,
  Bahagian,Cawangan dan Seksyen;
- Perhimpunan Bulanan Kementerian/Jabatan,
  Bahagian dan Cawangan;
- Program Penerapan Nilai-nilai Murni dan
  Ceramah-ceramah khas pada bulan Ramadhan;
- Program Sambutan / Program khas – Sambutan
  Bulan-bulan Islam / Perayaan yang mengandungi
  ucapan / Ceramah / Forum;
- Pertemuan Mentor dan Mentee;
- Sesi Perbincangan / Perkongsian idea
  Pengurusan Tertinggi / Tetamu Jemputan Khas;
- Pembentangan Kertas Kerja di Seminar,
  Konvensyen, Simposium, Persidangan;
- Sesi Kaunseling Perkembangan; dan
- Menyampaikan ceramah di dalam
  Kursus/Bengkel (modul yang pertama kali
  dibentangkan atas tajuk yang sama sahaja
  diambil kira)

3
Pembelajaran Kendiri
- Pembacaan buku dan bahan ilmiah perlu
  dibentangkan di mana 1 pembentangan = 1
  hari berkursus.
- Maksima 3 hari setahun.
- e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
  Pegawai yang berjaya menamatkan kursus
  akan di iktiraf telah menghadiri berkursus
  tertakluk kepada pengiraan 6 jam
  bersamaan 1 hari berkursus.


- Penggunaan portal e-Pembelajaran Sektor
  Awam (EPSA) – www.epsa.intan.my;
- Penggunaan Pangkalan Repositori Ilmu Sumber
  Manusia (PRISMA-HRMIS);
- Pembacaan buku-buku ilmiah di dalam Bahasa
  Malaysia dan Bahasa Inggeris (Buku
  biasa/bentuk fizikal atau e-book); dan
- Pembacaan Jurnal Ilmiah/Laporan/Kajian dan
  lain-lain bahan ilmiah secara fizikal atau maya
  (virtual). Bahan yang ingin dibentangkan
  mendapat kelulusan Ketua Jabatan/Panel Khas
  di Bahagian/Jabatan

No comments:

Post a Comment