
SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN SAYONG, 33040 KUALA KANGSAR,
PERAK
TEL.
SEK.: 05-7731121
NO.
FAX. SEK.: 05-7731120
Kepada,
Ketua Panitia
Peserta Kursus mata pelajaran PBS
tingkatan 2 19 OKTOBER 2012
Peranan dan Tanggungjawab Peserta
On-Site PPD/JPN
Semua guru mata pelajaran PBS
Tingkatan 2 tahun 2013 yang menghadiri Kursus Penyebaran DSP PBS Tingkatan 2 di
peringkat daerah Kuala Kangsar, hendaklah melaksanakan perkara berikut setelah
kembali ke sekolah iaitu:
1. Membuat persediaan diri dan bahan rujukan.
2. Merancang,
merangka kursus secara school based di sekolah.
3. Memberi
penerangan dan penjelasan awal kepada Pengetua/Pentadbir.
4. Menjadi
penceramah/fasilitator dalam kursus penyebaran secara school based.
5. Memberi input
yang BETUL dan TEPAT kepada peserta kursus school based.
6. Memastikan
kursus penyebaran school based dapat mencapai KPI yang ditetapkan.
7. Memberikan
penerangan dan input kepada pegawai pemantau dari KPM/JPN/PPD.
8. Menyiapkan
laporan setelah selesai kursus penyebaran secara school based.
9. Membantu JPN/PPD
dalam kursus penyebaran secara school based:
a) Memaklumkan kepada PPD tentang jadual
pelaksanaan kursus penyebaran secara school based.
b) Memastikan
peserta hadir dan menepati masa sepanjang berkursus.
c) Membantu JPN dan
PPD memastikan kehadiran peserta kursus.
d) Menyediakan
dokumentasi pelaksanaan kursus penyebaran secara school based.
10. Kursus
penyebaran secara school based hendaklah dilaksanakan sebelum cuti akhir
tahun. Apabila sesi persekolahan tahun
2013 bermula, semua guru mata pelajaran tingkatan 2 telah diberikan kursus
penyebaran school based dan bersedia memulakan P&P dan melaksanakan PBS.
Sekian. Terima kasih.